Kebanyakaan peralatan sekarang telah boleh menyimpan dan memainkan lagu didalam bentuk MP3. Pemain MP3 ini telah menjadi popular kerana ianya adalah kecil dan lagu disimpan didalam bentuk digital dan saiz failnya juga kecil. Lagu yang disimpan didalam format MP3 ini pula boleh dimainkan berulang-ulang tanpa merosakan media dimana ianya disimpan.
Sekarang USB disk telah boleh memainkan fail MP3, komputer, PDA dan juga telefon bimbit. Lagu juga boleh dibeli didalam format MP3 melalui Internet tidak perlu lagi pergi kekedai Muzik. Jika kita mempunyai lagu didalam bentuk CD kita boleh juga menggunakan perisian yang sesuai untuk kita memindahkannya kedalam bentuk MP3.
Kadangkala lagu yang kita suka tidak wujud didalam bentuk CD lagu tetapi didalam bentuk CD Video. CD Video menyimpan video dan lagu didalam format MPEG disebut “M-pek”. Untuk memindahkan lagu didalam video kepada MP3 kita perlukan perisian yang sesuai. Diantara perisian yang boleh kita perolehi secara percuma adalah Video to audio converter. Perisian ini boleh dimuat-turun di www.softhypermarket.com
Setelah perisian dimuat-turunkan, ikutilah langkah yang berikut:
1. Tekan butang “To MP3”
2. Pilih fail video yang ingin di pindahkan kedalam format MP3. Jika fail masih didalam format .dat didalam VCD. Pindahkan dahulu kedalam komputer dan ubah sambungan .dat kepada .mpg. Fail video tersebut boleh dijumpai didalam folder MPEGAV.
3. Setelah proses penukaran dari .mpg ke .mp3 selesai. Fail .mp3 dengan nama asal akan wujud didalam komputer kita.
Fail MP3 ini bolehlah dipindahkan kedalam alat pemain MP3 atau telefon bimbit dengan cara yang biasa kita lakukan.