Tulisan jawi merupakan tulisan Bangsa Melayu yang sebenar, ramai diantara kita terutama sekali yang pergi belajar di sekolah agama mungkin memang telah pandai menulis dan membaca tulisan jawi. Namun sebahagian besar bangsa melayu masih tidak boleh membaca dan menulis didalam tulisan jawi. Apabila proses komunikasi telah memasuki alam digital, tulisan jawi semangkin dipingirkan kerana perisian yang digunakan tidak boleh menerima teks didalam tulisan jawi.
Jarang kita lihat laman web yang bertulisan jawi atau Yahoo messenger yang menggunakan tulisan jawi. Suratkhabar didalam tulisan jawi pun jarang kita lihat di kedai lagi sekarang. Sampai satu masa mungkin tulisan jawi hanya digunakan hanya di Masjid atau di Papan Penanda Jalan.
Apabila tiba musim raya ini maka wujudlah keperluan untuk kita menulis didalam tulisan jawi terutamanya ucapan selamat hari raya, tetapi kenapa hanya ucapan selamat hari raya sahaja didalam tulisa jawi mengapa tidak keseluruhan cerita juga ditulis didalam tulisan jawi.
Seperti biasa apabila ada masalah maka akan adalah penyelesaian, teknologi sepatutnya memudahakan bukan menyusahkan.
Tulisan jawi walupun kelihatan seperti tulisan arab, namun ianya unik kerana ianya disebut didalam Bahasa Melayu. Seperti juga tulisan jepun yang disebut hiragana, dimana ditulis didalam bahasa jepun tetapi dibaca didalam bahasa Inggeris.
Mengapa tulisan Jawi semakin dipingirkan? kemungkinan besar jawapannya adalah kita tidak mahir untuk menulis didalam tulisan jawi. Bukankah elok jika ada kemudahan yang membolehkan kita menaip didalam tulisan rumi dan kemudian diterjemahkan kedalam tulisan jawi? Pagi ini itulah yang akan saya bincangkan, satu kemudahan penterjemahan tulisan, dari tulisan rumi kepada tulisan jawi.
Untuk menggunakan kemudahan ini kita tidak perlu memasang apa-apa perisian, apa yang diperlukan hanyalah sambungan Internet sahaja. Kemudahan penterjemahan tulisan rumi ke tulisan jawi ini boleh diakses di laman web www.ejawi.net. Laman web ini mempaparkan ucapan selamat datang didalam tulisan jawi. Mungkin juga ini merupakan laman web yang pertama yang pernah anda tatapi yang ditulis menggunakan tulisan jawi.
ڤڠنالن
لامن ايجاوي مروڤاكن سبواه لامن دالم بهاس ملايو برتوليسن جاوي. اياڽ دوجودكن باڬي منروسكن سورۏايۏور توليسن جاوي خصوصڽ دالم كومونيتي سيبير. اين هاڽله سباڬاي ڤرمولأن، باڽق لاڬي ڤروجيك يڠ اندا تيدق جڠكاكن اكن تربيت. تروسكن مڽوكوڠ اوسها اين...
Dibahagian pengenalannya kita akan dapat membaca kata-kata pengenalan didalam tulisan jawi yang menyatakan: Laman ejawi merupakan sebuah laman dalam bahasa melayu bertulis jawi. Ianya diwujudkan bagi meneruskan survirval tulisan jawi khususnya dalam komuniti siber.
Semua arahan didalam laman web ini adalah didalam tulisan jawi, tetapi untuk pengunjung yang tidak boleh membaca jawi anda hanya perlu melalukan anak panah diatas arahan tulisan jawi tersebut dan terjemahan didalam tulisan rumi akan dipaparkan.
Untuk mengakses kemudahan terjemahan, capaian terjemah rumi ke jawi boleh diakses dibahagian kanan bawah. Apabila kita menekan capaian tersebut kita akan diberi satu ruang untuk kita menaipkan mesej yang hendak diubah kepada tulisan jawi. Dibahagian bawah ruang tersebut terdapat butang “Terjemah Sekarang” Apabila butang ini ditekan, mesej yang ditulis didalam tulisan rumi akan diterjemahkan kedalam tulisan jawi.
Kita seterusnya bolehlah menyalin tulisan jawi tersebut untuk di letakan didalam email, pemprosesan kata atau didalam messenger.