
Saya sekarang berada di Taipei untuk menghadiri pameran komputer yang terbesar di Asia iaitu Computex 2006. Pameran komputer computex berbeza daripada pameran komputer yang lain di seluruh dunia kerana ianya memapaparkan barangan terus dari pembuat barangan, bukan dari pihak ketiga atau pembekal. Dengan itu kita boleh berinteraksi secara terus mengenai dengan perkakasan atau peralatan yang mereka hasilkan.
Pameran ini di sertai oleh 1,300 syarikat yang memapaparkan lebih dari 10,000 produk. Dari papan kekunci sehingga kemudahan pengesanan satelite. Kisok pencetak gambar sehingga kertas bermagnet.
Sebenarnya apabila kita ke pameran computex kita juga akan melihat barangan yang masih didalam fasa prototype iaitu fasa dimana produk dihasilkan sebagai contoh, jika pembeli berminat mereka bolehlah memesan dan barangan akan disiapkan didalam masa 1-3 bulan.
Pameran ini juga merupakan tempat dimana syarikat boleh mendapat maklumbalas secara terus daripada penjual, pengedar atau pengguna. Pameran ini adalah untuk pengunjung perdagangan iaitu pengunjung yang membeli bukan untuk digunakan tetapi membeli untuk dipasarkan semula di negara mereka. Oleh itu perkiraan apabila hendak membeli sentiasa bermula dengan 100 atau 1,000 unit, bergantung kepada jenis barangan.
Selain daripada pengunjung berpeluang untuk melihat teknologi baru yang akan dikeluarkan oleh syarikat tersebut didalam masa 2-6 bulan akan datang, syarikat juga berpeluang untuk melihat apakah teknologi baru yang telah dihasilkan oleh syarikat lain yang mungkin akan bersaing dengan syarikat mereka.
Ruang pameran dibahagikan kepada 5 dewan dimana dewan syarikat besar dan kecil diberi peluang untuk memamirkan barangan mereka.
Diantara teknologi utama yang dipamirkan adalah, peralatan pemantauan, pengesan dengan bantuan satelit – GPS , jaringan internet tanpa wayar, peralatan storan seperti hard disk, CD dan DVD, telefoni menggunakan IP iaitu VOIP seperti SKYPE, sambungan Internet menggunakan talian elektrik, pengenalan menggunakan frekunsi radio iaitu RFID, barangan paparan seperti Plasma dan LCD display, pengunaan barangan komputer didalam kereta iaitu Power Inverter.
Oleh kerana perniagaan didalam bidang teknologi ini telah menjadi lebih kompetitif dan keuntungan dari menjual komputer itu telah menjadi semangkin sedikit, maka ramai peniaga komputer telah menukar strategi dengan memfokuskan perniagaan mereka kepada teknologi-teknologi yang unik yang boleh diperolehi dengan melayari www.computex.biz